Hantar makanan guna basikal, Tak rasa malu, Ahli Parlimen hadiahkan motor

Hantar makanan guna basikal, Tak rasa malu, Ahli Parlimen hadiahkan motor

Kegigihan seorang pemuda lelaki menjadi penghantar makanan dengan menggunakan basikal demi mencari rezeki yang halal mendapat perhatian ramai.

Hari ini Ramadan Pertama

Menerusi perkongsian Steven Sim Chee Keong yang merupakan ahli parlimen Bukit Mertajam di akaun Facebook miliknya baru-baru ini, dia telah berjumpa dengan seorang rider foodpanda tersebut bagi mengetahui cerita sebenar di sebalik kecekalan lelaki itu.

Pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Mohamad berkata, dia menaiki basikal kerana tidak mempunyai motosikal seperti orang lain. Walau bagaimanapun, basikal yang dinaiki olehnya itu merupakan basikal kawannya yang dipinjam.

‘Demi mencari rezeki, dia redha’

Pemuda yang berusia 22 tahun ini sanggup merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang demi mencari rezeki yang halal. Dengan hanya bergaji sebanyak Rm500, dia tidak merungut malah rasa bersyukur dengan rezeki yang ada walaupun duit hendak makan tidak mencukupi. Atas ehsan kawannya, dia tidak perlu membayar duit sewa bilik.  Ada kalanya, dia hanya makan nasi lemak setiap hari kerana hendak berjimat.

Menurut Steven, dia melihat kedua-dua belah tangan adik Mohamad ini sudah ‘sunburn’ akibat bekerja lama di bawah matahari mengayuh basikal.

Tidak percaya dihadiahi sebiji motor

Ahli parlimen terbabit telah membawanya ke kedai motosikal berhampiran dan menghadiahkan sebuah motosikal untuk kegunaan remaja tadi.

Dia juga mendoakan agar motosikal yang diberi oleh dirinya itu dapat membantu pemuda tersebut dalam perjuangan hidup.

Hari ini Ramadan pertama, saya belajar satu benda yang penting. Kita perlu banyak-banyak bersabar dalam menempuh cabaran hidup. Jangan putus asa walau susah macam mana sekalipun.

Sumber : Steven Sim Chee Keong