Hangat gosip dah bertunang, Ira Kaza bagi bayangan status terkini dirinya

Hangat gosip dah bertunang, Ira Kaza bagi bayangan status terkini dirinya

 

 

 

 

 

Belum surut kemelut rumah tangga sebelum ini, timbul pula spekulasi suami Puteri Sarah Liyana didakwa telah bertunang dengan seseorang dipercayai anak pelakon veteran Kazar Saisi. Perkara itu mula tercetus selepas aktres berkenaan memuat naik tangkap layar mesej dikirimkan oleh pengguna Instagram yang gunakan nama samaran ‘Hannah Montana’ melalui IG Story miliknya semalam.

Kalau betul Alhamdulillah…jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak

Dalam hantaran tersebut, Puteri Sarah bukan sahaja mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sanggup DM kepadanya mengenai perkara itu. Malah ibu kepada 2 cahaya mata ini turut menitipkan pesanan agar suaminya tidak lupakan tanggungjawab kepada anak-anak.

[VIDEO] Hangat Speku Jadi Tunangan Orang? Ira Kaza Bagi 'Hint' Statusnya Kini 2

 

Suami Puteri Sarah hanya mampu ketawa bila ditanya soalan tersebut

Memetik portal BH Online, suami Puteri Sarah Liyana hanya mampu ketawa apabila diajukan soalan mengenai khabar angin tersebut sekali gus menafikannya. Dalam pada itu melalui perkongsian di IG Story miliknya malam tadi, Ira Kaza membuat sedikit ulasan peribadi mengenai sebuah filem yang baru selesai ditonton olehnya sebelum tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status terkini dirinya.

[VIDEO] Hangat Speku Jadi Tunangan Orang? Ira Kaza Bagi 'Hint' Statusnya Kini 3

I enjoyed the movieby the way, I masih single okay

Sambil berbisik, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin memaklumkan bahawa dirinya masih single lagi. Tindakannya itu tak dinafikan, seolah cuba memberitahu bahawa dia sedar namanya kini hangat dikaitkan rentetan spekulasi menjadi tunangan kepada seorang pengarah filem tersohor di Malaysia.