Hampir setahun bergelar ibu tunggal, Anita Baharom kahwin 22 Disember ini

Hampir setahun bergelar ibu tunggal, Anita Baharom kahwin 22 Disember ini

Pelakon Anita Baharom dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember ini selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal.

Anita Baharom nak kahwin?

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan terbabit bakal berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor manakala majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya.

Sebelum ini, pelakon drama Keluarga Iskandar pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ismadi. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Walau bagaimanapun, perkahwinan yang dibina selama 16 tahun itu diuji apabila suaminya meninggal dunia ketika tidur akibat penyakit kencing manis pada 1 Januari lalu.