Hamil terlalu awal, Ayda Jebat suruh peminat jadi ‘kalkulator’

Gara-gara dipersoal mengenai usia kehamilannya yang didakwa terlalu awal kerana sudah berbadan dua meskipun hanya beberapa bulan berkahwin, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat tidak mendiamkan diri.
Pinta penyanyi lagu Parah Parah agar individu tersebut membuat kiraan sendiri dari tarikh dia dan suami, Nabil Mahir berkahwin sehingga ke usia kandungannya kini

“Aku rasa macam Ayda baru saja kahwin tapi tiba-tiba mengandung. Sebenarnya dia sudah lama kahwinkah dan aku tak perasan?” tulis seorang pengguna media sosial Twitter, @nshazmann.
Ayda kemudiannya membalas twit individu berkenaan dengan menulis respon seperti di bawah.
“Nikah 1.1.2021. Harini 12 Jun 2021, sekarang dah lima bulan dua minggu hamil. ‘Tiba-tiba mengandung? Sila buat kiraan sendiri.”
Dalam sebuah hantaran twit yang lain, Ayda turut menasihati mereka di luar sana agar tidak mempersoalkan rezeki dan sentiasa menjaga perihal diri masing-masing.