Halim Othman kesal anak berbinti ‘Abdullah’, “saya minta bekas isteri tidak besarkan cerita”

Halim Othman kesal anak berbinti ‘Abdullah’, “saya minta bekas isteri tidak besarkan cerita”

 

Bagi menjelaskan berita tentang identiti anak berbintikan Abdullah, penyampai radio Halim Othman memberitahu perkahwinannya bersama bekas isteri memang tidak didaftar dalam Malaysia kerana perkahwinan mereka sudah tidak aman lagi.

Menurut Halim, belum sampai setahun hidup bersama ketika tahun 1994, dia bersama bekas isteri sudah tidak duduk sebumbung ketika Myra atau nama sebenar Myra Natasha Abdullah dilahirkan ketika tahun 1995.

Saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya. Sebab saya tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu.

 

Apabila pihak Harian Metro bertanya perasaan Halim berkenaan isu yang terjadi, penyampai radio itu tidak dapat nafikan berasa kesal melihat anak sendiri berbinti ‘Abdullah’ dan pada mulanya, dia juga berasa kurang selesa serta tidak puas hati.

Dalam pada masa yang sama, Halim turut berkata anak perempuannya itu dijaga sepenuhnya oleh bekas isteri sepanjang dirinya membesar.