Halau staf balik kerja on-time, sikap DAC selaku bos terima pujian
Dato’ AC Mizal (DAC) boleh diklasifikasikan sebagai seorang selebriti yang sangat versatil. Daripada bidang nyanyian, lakonan sampailah bakat mengacara, nama besarnya memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Setelah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri hiburan, Julai lalu dia sempat berkongsikan berita gembira berkaitan pembukaan stesen TV terbaru di bawah jenama SUKE TV.
DAC tak berputus asa kembangkan perniagaan menerusi stesen SUKE TV
Sedar usianya semakin bertambah dan tidak selamanya akan muncul di hadapan kaca TV, itu juga menjadi salah satu faktor penggalak untuk dia terus bersemangat mengembangkan perniagaan sendiri meskipun banyak cubaan terpaksa dilalui. Dalam pada itu, video yang dikongsikan melalui akaun TikTok SUKE TV baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai.
Tutup wifi semua…Jam 6pm semua, balik, balik, balik…Sebelum aku simbah cat, balik semua
Difahamkan sudah menunjukkan jam 6 petang, DAC muncul dalam ruangan pejabat dan menyuruh pekerjanya untuk balik rumah segera. Melihat keadaan mereka semua masih keras bekerja, dia berseloroh menyuruh tutup semua sambungan elektrik dan hanya tinggalkan 1 lif sahaja yang boleh digunakan mereka nanti. Rakaman lucu itu berjaya meraih lebih setengah juta tontonan sejak dikongsikan pada semalam.
@mysuketv Haa balik balik! 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 DAC memang sempoi! 😆😆😆 #SUKEsangat
Best wey dapat bos macam ni, marah staf yang balik lambat…Ada kerja kosong tak?
Menerusi ruangan komen, ramai netizen akui terhibur dan menyifatkan semua staf tidak takut dengan arahan DAC kerana dia merupakan seorang yang kelakar. Dalam pada itu, sikap timbang rasa pengacara Maharajalawak Mega tersebut sebagai bos mendapat pujian positif.
Kredit : TikTok mysukeTV