Hahaha… Bakal banduan berangan jadi menteri kewangan!

Hahaha… Bakal banduan berangan jadi menteri kewangan!

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi pendirian akan berjuang memastikan tuntutan rakyat untuk menggunakan simpanan akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada waktu kritikal ini dipenuhi kerajaan.

Beliau berkata, tuntutan yang dinyatakan sejak awal tidak akan menjejaskan KWSP dan beliau yakin Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memahami kedudukan tersebut.

“Saya tak puas hati tapi saya nak beri masa lagi kepada kerajaan dan Menteri Kewangan untuk lihat perkara ini. Saya rasa Menteri Kewangan faham tuntutan rakyat tapi pengurusan KWSP ini agak masih mempertahankan kedudukannya.

“Ini tuntutan rakyat. Kalau saya Menteri Kewangan, saya bagi kata dua. Keluarkan arahan, kalau tak buat dia kena berhenti (letak jawatan),” katanya pada Program Sinar Live bertajuk ‘Apa Kisah Belanjawan 2021’ bersama moderator, Haslina AR Kamaludin yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Najib menegaskan, KWSP juga tidak wajar melihat tuntutan tersebut sebagai satu beban yang akan menjejaskan pelaburan KWSP kerana ia bukan soal utama.

Menurutnya, soal KWSP sudah tidak ada duit seperti mana yang dipersoalkan rakyat juga tidak sepatutnya wujud.

“Modal aset KWSP mencecah RM940 bilion di mana 50 peratus daripadanya dalam bentuk bon. Apa yang saya andaikan jika laksanakan cadangan ini mungkin hanya libatkan peruntukan sehingga RM40 bilion.

“Ini boleh dilakukan bukan bermaksud KWSP perlu jual saham tetapi bon misalnya, Bank Negara boleh beli bon KWSP. Boleh simpan, boleh jual balik atau boleh jual kepada pihak ketiga dan lain-lain.

“Jadi ada kaedahnya dan ini tidak menjejaskan kepentingan KWSP,” katanya.

Sementara itu, Najib menyifatkan Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion dirangka dengan keadaan rumit dan mencabar; antaranya disebabkan oleh kegagalan kerajaan menggunakan rezab Petronas.

“Sepatutnya ada tambahan RM54 bilion lagi duit Petronas boleh digunakan pada waktu seperti sekarang ini, namun telah digunakan lebih awal. Hutang negara meningkat mendadak ketika kerajaan PH sebanyak RM140 bilion dalam masa 22 bulan sahaja.

“Ini memberikan kekangan kepada Menteri Kewangan untuk keluarkan bajet dalam keadaan yang cukup mencabar,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

COMMENTS