Hadir konsert Dewa19, Nabil Ahmad disindir netizen “nasib tak lupa tarikh..”

Hadir konsert Dewa19, Nabil Ahmad disindir netizen “nasib tak lupa tarikh..”

Hari ini, platform TikTok dipenuhi dengan video persembahan konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 daripada kumpulan terkenal Indonesia, Dewa19 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Meskipun hujan, ia tidak pernah mematahkan semangat seramai 8,000 penonton khususnya beladewa dan beladewi peminat tegar Dewa 19.

Nabil Ahmad pun pergi konsert Dewa19 tau!

Ini termasuklah selebriti tempatan yang tidak ketinggalan memeriahkan konsert tersebut seperti Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu.

 

 

 

 

Menerusi video dimuat naik oleh selebriti berusia 39 tahun itu dilihat Nabil berkongsi suasana dalam stadium tersebut selain ikut serta menyanyi bersama. Turut kelihatan isterinya, Nazirah Ayub.

Dengan kapsyen ditulisnya, pengacara dan pelawak terkenal itu mengatakan konsert DEwa19 yang berlangsung semalam adalah sangat menyeronokkan.

“OO..best, best Dewa19 semalam,”tulis Nabil di ruangan kapsyen.

 

@nabilofficial83

Oo best2 Dewa19 semalam. #fyp #konsertdewa19kualalumpur

♬ original sound – Nabilahmad – Nabilahmad

Yang ni tak lupa tarikh pulak

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet dimana rata-ratanya mengatakan pelawak tersohor itu tidak ‘lupa’ akan tarikh konsert pada kali ini.

Kalau tak menyandar tepi dinding la macam hari tu

Selain itu, ada yang mengimbau kembali ‘momen’ Nabil terduduk kerana tidak menyangka dirinya terlepas tarikh pergi ke konsert penyanyi antarabangsa iaitu Billie Eilish bulan lalu.

Sumber: TikTok @nabilofficial83