“Habis bersepah barang!”, Lelaki mengamuk dalam pasar raya kena tahan

“Habis bersepah barang!”, Lelaki mengamuk dalam pasar raya kena tahan

Sejak semalam, tular beberapa buah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dipercayai bertindak di luar kawalan dan merosakkan beberapa barangan di dalam sebuah pasar raya. Jika dilihat video tersebut, keadaan di tempat kejadian menjadi berselerak berikutan tindakannya.

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet yang turut mempersoalkan mengapa dia berbuat demikian.

 

Sudah ditahan pihak polis

Menerusi laporan yang dipetik daripada, Utusan Borneo Online, pihak polis sudah menahan lelaki berkenaan yang bertindak memecah masuk sebuah pasar raya di Naim Bintulu Paragon, Sabah.  Ujar Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili ketika tangkapan dibuat, suspek yang berusia 37 tahun cuba melarikan diri

Dalam usaha melarikan diri, suspek telah merosakkan beberapa barang di dalam premis. Hasil pemeriksaan mendapati siling pasar raya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasar raya turut rosak akibat dipukul oleh suspek.

Jelas Zulkipli lagi, suspek akan direman sehingga 5 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama membabitkan pecah masuk kedai dan khianat.