Habis Berpantang!Neelofa kongsi foto, dipuji rakan artis semakin cantik

Habis Berpantang!Neelofa kongsi foto, dipuji rakan artis semakin cantik

Pengacara, pelakon dan usahawan, Noor Neelofa selesai menjalani proses berpantang hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Neelofa sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Selesai pantang Alhamdulillah, jumpa doctor kejap. Mana bapa budak spiderman ni, nanti mengikut Bilal balik pening lah ummi.

Neelofa yang mengenakan baju bewarna coklat cerah itu kelihatan sedang menggendong Bilal semasa melakukan pemeriksaan kesihatan hari ini. Menurut Neelofa, dia bersyukur urusan berpantang dipermudahkan. Menerusi posting berkenaan juga, Neelofa sempat membuat lawak dan bertanya dimanakah bapa budak spiderman yang berdiri di belakangnya. Menjengah di ruangan komen PU Riz sempat membalas pertanyaan isterinya.

Looking good!

Rata-rata rakan artis seperti Shalma Aina, Catriona Brian Ross dan Kaka Azraff memberi pujian buat Neelofa. Menurut mereka, Neelofa masih kekal cantik dan menawan meskipun telah melahirkan anak.

Sumber: Neelofa