”Haa nampak dia keluar ikut mana,” lelaki tunjuk punca air terjun paling hujung sekali yang ramai tak tahu

”Haa nampak dia keluar ikut mana,” lelaki tunjuk punca air terjun paling hujung sekali yang ramai tak tahu

Bersantai atau beriadah di sungai-sungai ataupun air terjun sememangnya dapat memberikan kepuasan kepada pengunjung. Apa tidaknya, dengan air yang sejuk boleh membuatkan sesiapa yang terjun ke dalamnya berasa segar.

Namun begitu, korang tahu tak mengenai mata air ataupun punca air sungai mahupun air terjun datang? Di manakah puncanya yang paling hujung dan sekuat manakah arus air yang dikeluarkan.

Seperti semua sedia maklum, sungai adalah hasil mata air yang datang daripada tempat tinggi. Mata air ini akan mengalir secara berterusan walau pada musim kemarau.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook milik Mohd Syafiqi Zakaria beliau ada berkongsikan mengenai punca air sungai yang paling hulu sekali atau kita panggil paling hujung sekali yang menjadi punca air itu mengalir.

Video yang dikongsikan menunjukkan bahawa punca air sungai itu sangatlah kecil tetapi air yang mengalir adalah secara berterusan. Punca air itu dikatakan mengalir pada celah-celah pokok dan juga batu.

Air yang mengalir dicelah-celah pokok dan batu itulah yang menjadi sungai yang begitu besar. Malah air terjun dan juga kepala air yang terjadi itu juga berpunca daripada mata air yang kecil ini.

Patutlah orang kata walau kemarau melanda punca air sungai masih lagi mengalir. Kalau korang berminat nak tengok apa yang ada di sungai-sungai di negara kita, korang boleh ikuti laman Youtube Syafiqi Zakaria Channel yang turut dikenali sebagai Pemburu Air Terjun.