Guru saman RM1 juta, bapa Ain Husniza mahu balas semula RM5 juta

Guru saman RM1 juta, bapa Ain Husniza mahu balas semula RM5 juta

Bapa kepada pelajar Tingkatan Lima, Ain Husniza yang mendedahkan gurauan rogol dibuat oleh gurunya merancang untuk menyaman balas pengajar tersebut sebanyak RM5 juta.

Menurut laporan BH Online, perancangan itu dinyatakan oleh peguam mereka Datuk Sangkara Nair berdasarkan tindakan sivil mengikut Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) selepas Ain mengalami tekanan emosi.

“Hari ini, Ain dan bapanya akan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat dan setakat ini kita masih belum tahu apa yang bakal ditanya termasuk seksyen siasatan itu dijalankan.
“Namun selepas itu kita akan mengambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk menyelamatkan Ain,” katanya.

Remaja itu dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh petang tadi bagi memberi keterangan berhubung notis tuntutan saman oleh guru Pendidikan Jasmani terbabit.

 

Kredit foto: Malay Mail

Terdahulu, Ain memuat naik satu video di platform TikTok sehingga mendapat perhatian ramai pihak mendakwa guru yang mengajar kelasnya di sebuah sekolah di Selangor membuat jenaka rogol berbunyi:

“Jadi nanti kalau korang (pelajar) nak rogol, jangan rogol bawah 18 tahun. Rogol orang yang atas 18 tahun,” dakwa Ain.

Sumber: BH Online (Safeek Affendy Razali)