Group FB “Langgar SOP apa harini?” Dah mula femes?

Group FB “Langgar SOP apa harini?” Dah mula femes?

Dalam kita dalam sibuk dok buat preparation Raya yang tak lama jer lagi ni, tiba-tiba terperasan pula Group FB yang satu ni. Tengok dia punya nama Group FB tu pon dah menarik gais, “Langgar SOP Apa Harini?”

Mula pula kami terfikir apa lah yang diorang update dalam group ni kan. Dengan keahlian 1,200 dalam Group FB ni, mula jugakla nak scroll status dan posting yang dimuat naik tu. Bila dah tengok, fuh! Padu juga gais.

Bukan di satu dua tempat jer, banyak yang ahli dalam group tu dok update di beberapa kwasan di tempat tinggal diorang si seluruh negeri. Kalau korang tak caya, coba lah klik LINK ni. Haa..join sekaki pun boleh gais.

Bukan nak mengkritik ke apa tapi sebagai peringatan pada anda juga untuk sentiasa beringat-ingat yang kita ni masih lagi belum menang. Bila dah tengok ahli-ahli group ni update ‘berita terkini’ dalam Group FB ni, at least dapat juga kita tahu apa yang terjadi di sekeliling kita. Ye dok?

Macam yang admin group tu pun ada pesan juga, setiap posting yang dimuat naik adalah tanggungjawab sendiri. Pandai-pandailah korang berkongsi gambar dan maklumat berkaitan SOP dan juga tujuan contoh pelanggaran SOP yang telah ditetapkan.

Yang paling penting, segala posting dan comment hendaklah dibuat secara berhemah dan tidak menggunakan bahasa kesat dan lucah serta tidak berunsurkan provokasi.

Bukan apa, bagus juga kewujudan group FB ni gais, dapat juga kita beringat. Kadang-kadang kita ni terlebih alpa. Lupa bila dah rasa syok melepak sana-sini. Manusia…

Apa yang paling penting sekarang ni, anda kena sentiasa beringat-ingat dan patuhi SOP. haa…kalau nak join Group FB tu, anda klik jer link yang kami bagi kat atas tu tadi okay!