Giliran roti canai kayangan Pulau Langkawi pula menjadi tular, harga sekeping RM4?

Giliran roti canai kayangan Pulau Langkawi pula menjadi tular, harga sekeping RM4?

Selepas kecoh dengan isu ikan Siakap yang dijual mencecah harga lebih RM1,000 di Langkawi, kini terdapat aduan mengenai peniaga menjual sekeping roti canai dengan harga RM4 di pulau pelancongan tersebut.

 

1 MINGGU LALU

Siakap Kayangan, Peniaga Bakal Didakwa Berikutan Gagal Lengkapkan Dokumen

Perkara tersebut didedahkan oleh Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang menerima lebih 100 aduan pengguna tentang kenaikan harga makanan serta bahan mentah di negeri tersebut.

Selain aduan berkaitan harga mahal ikan siakap di Langkawi, kita juga menerima maklumat berkaitan harga roti canai sekeping RM4 di pulau itu.

Setiausaha CAKE iaitu Mohd Yusrizal Yusoff memaklumkan bahawa kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan makanan di kedai makan terutama di daerah Kota Setar dan Kuala Muda.

Tambah Yusrizal, mereka menerima aduan sejak dua minggu lalu dan ternyata perkara tersebut sangat membebankan pengguna yang mempunyai keluarga besar.

Menyentuh tentang isu roti canai berharga RM4 itu, Yusrizal memberitahu yang harga diletakkan tidak masuk akal kerana berdasarkan maklumat daripada pengguna, kedai roti canai tersebut hanya berada di tepi jalan.

Yusrizal juga turut meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah untuk melakukan pemeriksaan di setiap gerai atau premis kedai makan yang didapati menaikkan harga tinggi.

Isu Roti Canai Kayangan

Sekiranya didapati peniaga mengenakan harga yang tidak munasabah dan terlalu mahal, pengguna perlu simpan resit dan buat aduan bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak berkuasa.

Ujar Yusrizal lagi, peniaga kedai makan perlu meletakkan tanda harga untuk setiap makanan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sebelum melakukan pesanan.

Dikesempatan itu juga, Yusrizal sempat memberitahu yang dia berharap agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ketika ini supaya pengguna tidak terbeban.