‘Gilalah siapa yang petik nama saya tu’ – Tauke nafi jadi bapa ayam

‘Gilalah siapa yang petik nama saya tu’ – Tauke nafi jadi bapa ayam

Ekoran kontroversi pelawak terkenal ditahan disyaki terbabit kegiatan pemerdagangan manusia, nama Tauke tiba-tiba jadi bualan netizen. Tauke bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut.

 

Tauke nafi dakwaan terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia

Pelawak berusia 45 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak terlibat dengan penangkapan yang berlaku di Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

Saya tidak terbabit dengan apa-apa kegiatan seperti ini. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. Saya ada saja di rumah Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Ujarnya, dia tidak kisah jika orang bercakap tentang dirinya, namun tidak patut mengaitkannya dengan perkara sebegitu. Meskipun namanya disebut oleh warganet, dia tidak marah malah menganggap sebagai perkara yang lucu.

Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.

Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini.

Pada masa yang sama, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan bahawa suaminya tidak terbabit dalam isu pelawak yang terlibat dalam kegiatan pemerdagang manusia bagi tujuan eksploitasi seks berkenaan.

Sumber : Harian Metro