“Gila la tak sangka Alif macam ni” peminat terkejut Alif Satar tayang badan sado

“Gila la tak sangka Alif macam ni” peminat terkejut Alif Satar tayang badan sado

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Mohd Satar merupakan salah seorang selebriti yang kurang dengan kontroversi dan sentiasa menjaga batasnya bersama selebriti wanita yang lain.

Namun begitu, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @wahidabaharari di laman TikToknya, Alif menjadi bualan hangat ramai gara-gara penampilannya yang agak mencolok mata ketika mengikuti IRONMAN Malaysia Langkawi 2022.

 

@wahidabaharari

The star of the day! #alifsatar #ironmanlangkawi2022 #ironmanlangkawi @IRONMAN @alifsatar

♬ original sound – Boxing’s Finest

Seriuslah Alif pakai macam itu?

Dalam video itu, penampilan pengacara yang berusia 32 tahun itu yang hanya memakai seluar langging pendek atas lutut tanpa berbaju telah mengundang pelbagai reaksi dan kritikan netizen.

Mana tidaknya, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut mereka kerana tidak pernah melihat Alif memakai seperti itu sehingga menampakkan auratnya di hadapan khalayak umum.

Kesian dia, mesti dia segan!

Bukan itu sahaja, netizen turut meminta agar perakam video menjaga aurat dan kasihani kepada Alif yang kelihatan segan memakai pakaian seperti itu.

Bagaimanapun, ada segelintir individu yang meluakan rasa kagum mereka apabila Alif sangat aktif dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan bukan hanya tertumpu dalam industri hiburan semata-mata.

Sumber: TikTok @wahidabaharari