Geram! Orang masih ramai walau darurat, jeritan penuh kecewa polis buat satu restoran sunyi-sepi

Geram! Orang masih ramai walau darurat, jeritan penuh kecewa polis buat satu restoran sunyi-sepi

Pandemik COVID-19 masih lagi ‘menghantui’ masyarakat dunia sehingga ke hari ini dan memperlihatkan bahawa kita semua terpaksa menjalani perintah berkurung agar dapat mengekang penularan jangkitan.

Untuk pengetahuan korang, bukan negara kita sahaja yang sedang menjalani perintah kawalan pergerakan ketika ini tetapi di negara jiran juga iaitu di Indonesia.

Presiden negara itu, Joko Widodo telah mengumumkan sekatan aktiviti masyarakat atau Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat bermula 3 Julai hingga 20 Julai ini di Jawa dan Bali.

Pelaksanaan PPKM di dua wilayah itu disebabkan berlakunya lonjakan kes harian. Peraturan-peraturan yang lebih ketat telah dikuatkuasakan bagi ‘menghalang’ masyarakat untuk berada di kawasan awam.

Masih berkumpul di tempat awam

Pun begitu, nampaknya masih ada juga sesetengah orang yang berdegil dengan berkumpul di tempat awam.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, beberapa orang pegawai polis dilihat menyerbu sebuah restoran yang dipenuhi dengan orang ramai. Mungkin takut dengan kehadiran polis-polis tersebut, semua pelanggan di dalam restoran itu dilihat terkedu dan hanya diam seribu bahasa.

Polis kecewa tengok orang ramai

Dalam keadaan itu, seorang pegawai polis lelaki memecah kesunyian dan menjerit kerana dipercayai kecewa melihat kedegilan orang ramai di dalam restoran itu.

Video itu telah dimuatnaik dengan kapsyen “PPKM”. Pun begitu, lokasi restoran itu tidak dinyatakan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 7.3 juta kali di TikTok.

@caaacingan

ppkm #fyp #lockdown #staysafe #foryou

♬ suara asli – SuaraBojonegoro.com

Sumber: caaacingan