Gempar!! Tun M dedah Dewan Rakyat tercemar kerana benarkan banduan membahas Belanjawan 2021

Gempar!! Tun M dedah Dewan Rakyat tercemar kerana benarkan banduan membahas Belanjawan 2021

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang yang disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara menasihati kerajaan tentang soal pentadbiran negara, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, Mahathir berkata tindakan itu menjadikan kedudukan Dewan Rakyat tercemar.

Walaupun ia dibenarkan undang-undang memandangkan Najib dalam proses rayuan, Mahathir berkata salah segi moral apabila dia dibenarkan berbahas di Dewan Rakyat.

“Najib seorang banduan. Tidak pernah dalam sejarah negara kita seorang banduan menasihat kerajaan bagaimana hendak memerintah negara.

“Di mana-mana juga dalam dunia ini kita tidak dapat seorang banduan yang dihukum dan dikenakan hukuman penjara, datang ke Dewan (Parlimen) dan menasihat kerajaan.

“Cuma Malaysia saja yang boleh berbangga bahawa banduan pun nasihat kerajaan,” kata Mahathir seperti dipetik.

Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Selasa lalu.

Dia juga dikatakan memainkan peranan utama dalam sidang kali ini, terutama dalam perbahasan belanjawan, selepas dilantik menjadi pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Mahathir turut meluahkan perkara sama ketika berbahas di Dewan Rakyat semalam.

Pada 10 Nov pula, beberapa ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat, atau memilih untuk tidak berada di dalamnya, ketika Najib bangun untuk berbahas.

“Najib diputuskan bersalah dalam kes rasuah. Tapi hari ini dia hadir sebagai pengerusi BNBBC, membahaskan Belanjawan 2021 macam tak ada apa-apa. Saya protes dan keluar (dewan),” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Maria Chin Abdullah.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto pula memberitahu Malaysiakini bahawa dia secara peribadi memilih untuk tidak berada dalam Dewan Rakyat semasa perbahasan Najib.

Mengulas lanjut, Mahathir dalam wawancara tersebut mempersoalkan “kebebasan” yang dinikmati Najib sehingga menyebabkan dia kelihatan seperti tidak bersalah.

Boleh buat rayuan tetapi sehingga rayuan itu diputuskan, seseorang itu bersalah. Kalau tidak, apa maknanya mahkamah yang rendah memutuskan (sabitan dan hukuman) begitu,” katanya.

Dia juga menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar tidak menerima nasihat Najib memandangkan rekod buruknya dalam menguruskan kewangan negara, merujuk kepada kes-kes yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Pada 28 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib atas tujuh tuduhan jenayah bersabit dana RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SCR International Sdn Bhd.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu tuduhan salah guna kuasa, selain penjara 10 tahun atas tiga kesalahan pecah amanah dan 10 tahun untuk tiga kesalahan pengubahan wang haram.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara tersebut berjalan serentak dan ditangguhkan sementara proses rayuan.

Rayuan Najib keputusan itu akan didengar selama 15 hari, bermula 15 Februari depan.

Sumber: Malaysiakini

COMMENTS