Gempar! Sajat alami tekanan perasaan, makan ubat tidur 4 hari berturut-turut

Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengakui dia kini mengalami tekanan perasaan sehingga terpaksa makan ubat tidur selama empat hari berturut-turut.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Nur Sajat turut meluahkan rasa hati yang mahukan ketenangan dan kebahagiaan seperti keluarga lain.

Menerusi InstaStory di Instagram miliknya, Sajat turut berkongsikan fotonya memakai alat pernafasan di sebuah pusat perubatan.

“Bila mati..semua akan tenang. 2021 aku nak tenang, aku nak bahagia. Aku nak hidup macam keluarga lain..Insyallah. Terima kasih. Buat saya makin dekat dengan tarikh mati saya,” tulisnya.

Baru-baru ini, Sajat memaklumkan dia ditahan di Pusat Penahanan Sementara (PPS), Kuala Kubu Bahru pada 6 Januari lalu.

Ujarnya, siasatan dilakukan susulan laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 di mana dia mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

Dakwa Sajat, 36, dia ditahan dan telah dilayan tidak wajar walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak Jabatan Agama Islam Selangor.

“Saya digari, dikasari dengan kata-kata dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan dan badan saya bengkak kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri.

“Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia lain juga. Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian mengganggu perniagaan saya dan mental,” katanya sebelum ini.

Berita penuh: https://malaysiagazette.com/2021/01/14/sajat-masuk-hospital-alami-tekanan-perasaan/