Gempar!! Peruntukan untuk UiTM dipotong
Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad menolak dakwaan bahawa berlakunya pemotongan besar dalam peruntukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Belanjawan 2021.
Sebaliknya Noraini (BN-Parit Sulong) menjelaskan jumlah peruntukan yang diterima oleh universiti itu bagi tahun 2021 dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengurusan UiTM dan hospital UiTM, berbanding tahun 2020 yang disatukan kedua-dua peruntukan itu.
“Untuk makluman peruntukan mengurus yang diterima UiTM 2020 RM1.86 bilion adalah termasuk peruntukan hospital UiTM,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
“Nampaknya macam-macam bantuan kepada IPTS telah dinyatakan tapi saya sebagai seorang bekas pensyarah UiTM, saya ingin menyoal mengapa berlakunya potongan belanjawan 2021 yang begitu besar kepada UiTM sehingga mencecah RM130 juta?
“Mengapa kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada kerajaan Melayu-Islam sampai hati memotong peruntukan kepada universiti Melayu-Islam yang satu di Malaysia?” soalnya.
Noraini kemudian menjelaskan secara keseluruhannya, peruntukan untuk UiTM pada 2020 tidak termasuk hospitalnya merupakan RM1.737 bilion.
Manakala peruntukan 2021 pula adalah RM1.733 bilion iaitu pengurangan sebanyak hanya RM4 juta.
“Saya ingin maklumkan pengurangan RM4 juta ini akan ditampung melalui penjimatan dalaman yang akan dilaksanakan pada tahun ni.
“Jadinya kita akan tampung melalui penjimatan dalaman yang akan dibuat pada tahun ini dan kementerian juga ingin jelaskan bahawa kebajikan UiTM adalah menjadi keutamaan kepada KPT.
“Saya nak beri jaminan 100 peratus emolumen kakitangan akademik akan disalurkan dan jaminan gaji kakitangan kontrak akan dibiayai oleh kerajaan,” katanya.
Sumber: Malaysiakini