Gempar penemuan harimau ‘tercekik’, disahkan mati akibat dijangkiti virus

Gempar penemuan harimau ‘tercekik’, disahkan mati akibat dijangkiti virus

Baru-baru ini gempar di Kampung Bukit Bertam, Selama, apabila munculnya seekor harimau dahan yang kelihatan kurus dan kelaparan dikesan sedang berkeliaran berhampiran kediaman penduduk sekitar pada pukul 10.50 pagi pada rabu yang lalu.

Walaubagaimanapun, harimau dari spesis Clouded Leopard itu sudah ditangkap oleh anggota Perhilitan Perak untuk membantu memberikan rawatan selepas ia dijumpai seakan-akan sedang tercekik sesuatu.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitian), mereka telah mengesahkan bahawa harimau yang dijumpainya itu sudah pun mati akibat dijangkiti virus.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata, hasil ujian darah yang dijalankan oleh doktor vererinar di Pusar Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaab (NWRC) di Sungai mendapati Haiwan terbabit dijangkiti virus Canine Distemper (CDV).

Harimau dahan ini mati pada 12 tengah malam khamis lepas sebelum proses ditidurkan dijalankan.

Yusoff berkata, haiwan berkenaan sudah dilupuskan oleh sebab penyakit yang dihidapnya itu mudah berjangkit dan virus itu kebiasaannya dibawa oleh haiwan domestik seperti anjing dan kucing.

Kehadiran harimau yang dianggarkan berusia tujuh hingga lapan tahun itu ditemui penduduk di Kampung Bukit Bertam dalam keadaan seakan-akan ingin memuntahkan sesuatu dan dipercayai ia keluar dari Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran kampung itu untuk mencari makanan.

Kredit: Harian Metro