Gempar!! Pemuda Bersatu tempelak Naib Presiden Umno

Setiap parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) penting dan saling memerlukan untuk terus berkuasa, kata Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Khaled Nordin bahawa misi Umno adalah mendapatkan kembali kuasa di peringkat persekutuan melalui kerjasama dengan PAS.

“Saya fikir Umno dan BN pun berada dalam kerajaan. PN takkan tertubuh tanpa ada sokongan Umno. Untuk akan datang pun, kita perlu ada kesatuan dalam blok kerajaan.

“Kita di zaman di mana tak ada parti tunggal yang memerintah. Perubahan demografik politik. Semua parti perlu insaf dan bekerjasama.

“Kalau bergesel, takkan mampu tubuh kerajaan. Ini (PN) adalah satu gabungan. Semua orang sama-sama penting. Masing-masing tak cukup number (sokongan yang cukup untuk tubuh kerajaan sendiri), ” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Khaled, dalam satu kenyataan sebelum ini menekankan bahawa Umno adalah parti politik Melayu terbesar dan tertua di negara ini dan telah berkuasa sejak merdeka.

Pemimpin Umno Johor itu mengulangi bahawa Umno dan PAS sudah memadai untuk memastikan dominasi Melayu dan kestabilan politik.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa Umno tidak dilayan dengan adil oleh Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal menafikan tanggapan itu, dan mengatakan bahawa hubungan antara presiden parti PN adalah baik.

Wan Ahmad Fayhsal sebelum itu mengunjungi penghantar makanan bermotosikal untuk mendengar masalah mereka di KL Gateway Mall.

Dia ditemani oleh NGO Penghantar yang memperjuangkan penghantar makanan bermotosikal.

Wan Ahmad Fayhsal menyarankan agar undang-undang buruh diubah untuk melindungi golongan berkenaan.

“Undang-undang buruh semasa tidak melindungi pekerja ‘ekonomi gig’. Sebilangan besar mereka adalah belia yang tergolong dalam kategori B40.

“Bila tak ada undang-undang yang jelas, syarikat yang punya monopoli set standard sesuka hati. Kadang-kadang benda tu tak diberi maklumat awal. Kalau tak ada undang-undang jelas, eksploitasi akan terus berlaku,” katanya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/553324