Gempar! Mayat bakal pengantin akhirnya ditemui

Mayat bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang dikhuatiri lem4s di pantai Kelulut sejak Jumaat ditemui terdampar di tepi Pantai Alur Tuman, di sini pagi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mayat berkenaan ditemui oleh pasukan penyelamat yang diketuainya semasa menjalankan rondaan di sekitar lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 pagi.

“Kira-kira jam 8.55 pagi, semasa tiba di lokasi iaitu kira-kira jarak tiga kilometer dari tempat m4ngsa dikhuatiri lemas, kami ada ternampak satu objek dan terus menghampiri untuk pengesahan sebelum ternampak satu may4t terdampar di atas pasir.

“Sejurus menemui may4t berkenaan, kami terus menghubungi keluarga m4ngsa untuk pengec4man sebelum bapanya, Kamaruddin Abdullah, 59, mengesahkan may4t tersebut adalah anaknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi di Pantai Kelulut di sini.

May4t kemudiannya di bawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah si1asat.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, dengan penemuan may4t itu, operasi mencari dan menyelamat di Pantai Kelulut, Marang ditutup sepenuhnya kira-kira jam 11 pagi pada Ahad dan kini memfokuskan pencarian m4ngsa di pantai Jambu Bongkok di sini.

Sebelum ini media melaporkan dua lelaki termasuk seorang bakal pengantin dikhuatiri lem4s ketika mandi di Pantai Kelulut dan Pantai Jambu Bongko, di sini pada Jumaat

Dalam kejadian jam 6.40 petang di Pantai Kelulut, bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras hilang selepas ditarik ombak ketika mandi di pantai berkenaan manakala seorang lelaki berusia 48 tahun dari Hulu Terengganu pula dikhuatiri lemas selepas mandi bersama enam rakannya sebelum ditarik ombak ke tengah laut di Pantai Jambu Bongkok.

Sumber: https://www.metrodaily.cc/2020/12/27/may4t-bakal-pengantin/?fbclid=IwAR2erU3LrIDAXAj4F6ivxkPB71o6jRA2O9iPVug-nmclAwwyKNVviGNzRWM