GEMPAR| Maradona dibunuh?

Peguam kepada anak Diego Maradona menegaskan kematian ikon itu adalah disebabkan pembunuhan.

Mario Baudry, yang mewakili Diego Fernando, 8, mendakwa: “Dalam mana-mana negara, dengan pendakwa yang lain, seseorang sudah dipenjarakan.”

Ketika perdebatan hangat dengan peguam Maradona, Matias Morla, yang menegaskan legenda bola sepak Argentina itu meninggal dunia kerana serangan jantung, Baudry berkata: “Itu bukan sebabnya.

“Terbukti berlaku pembunuhan. Lagi lama perkara ini berlarutan, lebih banyak bukti hilang.”

Baudry turut mengkritik tindakan menganalisis dua telefon milik Maradona yang mendapat sokongan mahkamah.

“Saya menentangnya. Saya tidak rasa mangsa perlu disiasat. Dia mengalami masalah ketagihan minuman keras dan dadah.

“Mereka menyiasat telefonnya tiga bulan selepas kematiannya. Kenapa begitu lama?” soalnya.

Baudry, yang juga teman lelaki kepada ibu Diego Fernando dan bekas kekasih Maradona, Veronica Ojeda, membuat dakwaan itu dalam satu temu bual di televisyen Argentina. – BH