Gelaran Datuk Seri suami Heliza Helmi didakwa palsu, nama tiada dalam sistem ‘istiadat’

Gelaran Datuk Seri suami Heliza Helmi didakwa palsu, nama tiada dalam sistem ‘istiadat’

Tiada angin tiada ribut, nama suami kepada selebriti dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menjadi bualan ‘panas’ warganet.

Ia berikutan selepas seorang pengguna membuat pendedahan bahawa suami kepada Heliza menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

 

Siapa Mahadi Badrul Zaman?

Menerusi perkongsian oleh Aliff Ahmad pada hantaran Facebook.  dia terdetik untuk berkongsi mengenai status yang dimiliki oleh suami kepada bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5 apabila didesak ramai.

Jelasnya lagi, dia tidak tahu mengenai pelaburan dan status sebenar disebalik bisnes yang diusahakan oleh suami Heliza.

Tapi, bab gelaran Datuk Seri mungkin boleh dikatakan palsu

Dalam pada itu, Aliff berani menyatakan gelaran Datuk Seri yang digunakan oleh suami Heliza adalah palsu.

Maksud ‘palsu’ di sini bermaksud gelaran yang dibeli atau bukan dianugerahkan dari mana-mana pihak istana memandangkan tiada dalam sistem istiadat.

Seriuslah? Memalukan!

Perkongsian individu itu mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi daripada netizen dapat dilihat di mana rata-rata mereka terkejut dan bersimpati dengan nasib Heliza sekiranya dia menjadi mangsa tipu.

Baru tahu ke?

Malah, individu mengaku bekerja di bawah suami Heliza mendakwa dia sudah lama mengetahui bahawa gelaran tersebut sahaja palsu tetapi perniagaan yang dijalankan adalah legal.

Bersepah orang guna ‘Datuk’

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan daripada Heliza dan Mahadi mengenai dakwaan tersebut. 

Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi selamat bernikah dengan Mahadi yang juga seorang ahli perniagaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari lalu.

Sumber: Facebook (Aliff AhmadBomoh Bursa)