Gelagat warga asing teruja nak divaksin buat ramai tersenyum

Gelagat warga asing teruja nak divaksin buat ramai tersenyum

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang sudah menerima suntikan vaksin pertama bagi melindungi diri dari penularan Covid-19. Tentunya pengalaman menerima suntikan vaksin ini adalah pengalaman yang menggembirakan seperti yang dilalui oleh seorang warga asing ini.

Gelagatnya yang begitu teruja untuk menerima suntikan vaksin ini turut menarik perhatian ramai baru-baru ini. Malah lelaki itu siap mengambil gambar di setiap sudut dek kerana terlalu gembira dan teruja dengan pengalaman baru ini.

@nanaabdulrazak

Memanjang ye amek gambar 😝😝😅🤣🤣 mamat nepal. Nampak tak dia pon excited. Drpd korang nk jadi antivax apa dpt

♬ original sound – Nana Abdul Razak – Nana Abdul Razak

Di dalam video yang dikongsikan ini, warga asing itu dilihat sedang asyik mengambil gambar semasa di pusat pemberian vaksin itu. Menurut pemilik video, lelaki itu siap mengambil gambar di pelbagai sudut untuk merakamkan pengalamannya itu.

Dia juga sempat berbual dengan petugas di pusat pemberian vaksin itu dan memberitahu dirinya berasal dari Nepal. Malah petugas itu juga sempat mengusik gayanya yang seolah-olah seperti Azwan Ali yang tidak henti-henti mengambil gambar.

suntikan vaksin

Bukan itu saja, malah di penghujung video warga asing itu kemudian diminta untuk duduk apabila dia cuba sekali lagi untuk mengambil gambar di tempat yang lain pula.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat warga asing ini yang begitu teruja dan gembira. Ada juga yang berseloroh mungkin dia mahu mengirimkan gambar tersebut kepada keluarga yang berada di kampung.

“Dia nak tunjuk kat orang kampung dia dapat vaksin awal…”

gelagat warga asing

“Terima kasih sebab beri layanan yang baik dekat dia…”

vaksin

“Orang Malaysia pun ramai tak dapat lagi…”

komen

“Hahahaha yang last tu azwan ali sangat…”

tik tok