Gelagat wanita warga emas hidap Alzheimer’s berbual dengan imej sendiri di cermin
Benarlah, bila kita menjangkau usia emas, kita akan kembali menjadi seperti anak kecil. Sepertimana gelagat comel seorang wanita warga emas yang menghidap Alzheimer’s mencuit hati ahli keluarganya apabila dilihat berbual dengan pantulannya pada cermin.
Memetik Daily Mail, Betty Pettit, 84 telah pergi bercuti dengan keluarganya di mana dia terlihat satu pantulan pada sebuah cermin di dalam bilik tidur mereka.
Tidak mengenali dirinya, wanita itu kemudiannya memperkenalkan dirinya kepada bayangan tersebut. Melihat gelagatnya yang mencuit hati, ahli keluarga wanita itu telah merakam dirinya semasa dia sedang mesra berbual dengan ‘rakan’ baru yang ditemuinya.
“Saya patut tahu namanya,” ujar Betty.
Menurut Daily Mail, Betty telah disahkan menghidap kanser paru-paru dan buah pinggang tujuh tahun lalu. Selepas berjaya menjalani pembedahan, wanita itu kemudiannya disahkan menghidap Alzheimer’s.
Betty tinggal bersama anaknya, Joshua Pettit, 46 dan suaminya, Bob Pettit, 84 yang berkongsi tanggungjawab menjaga wanita itu.
Kongsi Joshua, mereka kini sudah terbiasa dengan kekeliruan ibunya disebabkan penyakit tersebut.
Pemain Video