Gelagat Sugar Glider takut bunyi vakum cuit hati netizen, “Comelnya…”

Gelagat Sugar Glider takut bunyi vakum cuit hati netizen, “Comelnya…”

Bagi mereka yang ada membela haiwan peliharaan, tentunya tanggungjawab untuk menyediakan makan minum dan tempat tinggal yang selesa adalah keutamaan yang penting. Baru-baru ini pula, lelaki ini berkongsikan kejadian lucu yang berlaku semasa dia membersihkan sangkar sugar glider yang dibelanya ini.

Apa yang menarik perhatian ialah gelagat sugar glider itu yang terkejut dan takut dengan bunyi kuat dari vakum itu. Biasanya bunyi daripada vakum sememangnya sering ditakuti oleh haiwan peliharaan terutamanya kucing dan anjing.

@platlet

Might delete later

♬ original sound – Aaizaatt Azhar – Aaizaatt Azhar

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan kejadian yang berlaku semasa dia membersihkan sangkar sugar glider itu. Dia memberitahu dia telah menggunakan vakum untuk membersihkannya dan meletakkan haiwan itu di atas meja.

Dalam masa yang sama, dia tidak sedar tingkap di biliknya itu terbuka luas pada saat itu. Selepas dia sedar apa yang berlaku, barulah dia perasan rupa-rupanya sugar glider itu berada dalam ketakutan gara-gara bunyi vakum itu.

vakum

Lebih mencuit hati, sugar glider itu kelihatan berpaut pada tiang besi di tingkap biliknya itu semasa lelaki itu menceritakan apa yang berlaku. Bukan itu sahaja, malah seekor mentadak juga kelihatan turut berpaut pada tiang besi itu dan mungkin terkejut dengan bunyi vakum itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi sugar glider itu yang kekal berpaut di tiang itu. Ada juga yang terhibur melihat kemunculan mentadak secara tiba-tiba di dalam video ini walaupun ia sebenarnya bukanlah dipelihara oleh lelaki itu.

“Comelnya dia peluk macam tu…”

gelagat sugar glider

“Weh belalang tu pun trauma.”

sugar glider

“Yang warna hijau tu salah rumah tu.”

komen

“Comel je masing-masing berpaut ketakutan.”

tik tok