Gelagat si kecil buat ramai ketawa “Sian dia, hidung tercabut…”

Kanak-kanak biasanya mempunyai reaksi yang sangat comel jika diusik oleh orang lain. Bukan saja naif, kanak-kanak juga senang percaya dengan kata-kata orang dewasa walaupun bunyinya tidak masuk akal. Sama seperti yang dikongsikan di dalam video ini apabila wanita ini sengaja mengusik kanak-kanak perempuan ini dengan ‘mencuri’ hidungnya.

Reaksi comel daripada kanak-kanak ini menghiburkan netizen apabila dia mempercayai aksi wanita itu. Kanak-kanak itu yang menyangka hidungnya dicuri wanita itu menangis ketakutan selain meminta hidungnya semula. Gelagat wanita ini mengusik anak buahnya ini turut mencuit hati ramai yang menonton ditambah pula dengan reaksi comel kanak-kanak ini.

 

@ashkmdn

kesian dia nangis, hidung tercabut #fyp

♬ original sound – ashkmdn – ashkmdn

 

Di dalam video yang dikongsikan, wanita itu dilihat sedang berbual dengan anak buahnya itu. Namun tidak semena-mena, dia ‘mencuri’ hidung kanak-kanak perempuan itu dan menyorokkannya di dalam tangan. Terkejut dengan apa yang berlaku, kanak-kanak itu menangis sambil meminta mak ciknya memulangkan hidungnya semula.

Wanita itu kemudian meletakkan hidung itu semula di wajah kanak-kanak itu dan memujuknya. Namun kanak-kanak perempuan itu dilihat tidak dapat berhenti menangis sebelum diyakinkan semula oleh wanita itu bahawa hidungnya sudah kembali. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi comel kanak-kanak ini yang percaya sepenuhnya pada wanita itu.