Gelagat sekumpulan lelaki bagi pickup line raih perhatian

Gelagat sekumpulan lelaki bagi pickup line raih perhatian

Kalau bercakap tentang pickup line, mesti ramai yang akan terbayangkan kumpulan pelawak Sepahtu yang memang terkenal dengan sketsa lucu ini. Baru-baru ini pula, gelagat sekumpulan lelaki cuba melakukan pickup line di dalam video mereka menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja lucu dan menghiburkan, video itu juga turut tular dikongsikan apabila ia meraih lebih sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur dengan pickup line yang diberikan mereka ini.

@akasyahizdihar

Reply to @dygnuratkh28 pickupline pickdownline semua ada #MengahHoldings #pickuplines #fyp

♬ feel free to use this sound – hariez

Di dalam video yang dikongsikan ini, sekumpulan lelaki itu dilihat berada di dalam bilik di kolej kediaman mereka. Mereka kemudiannya memberikan pickup line tersebut secara bergilir-gilir dengan menggunakan nama-nama perempuan secara rawak.

Antara nama-nama yang digunakan ialah Mia, Yaya, Nisya, Aireen, Hanisah dan Dibah. Untuk makluman anda, sebelum ini juga mereka pernah melakukan video pickup line menggunakan nama-nama perempuan yang berbeza.

lelaki

Lebih mencuit hati, gelagat salah seorang rakan mereka yang sibuk menyembur penghalau nyamuk turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Sehinggakan pada akhirnya, salah seorang dari mereka terpaksa memintanya berhenti menggunakan penyembur itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki ini. Ada juga yang menantikan nama mereka pula untuk dijadikan pickup line di dalam video mereka yang seterusnya.

“Yang asyik spray ridsect tu, kang lepas habis video semua berbuih mulut.”

gelagat sekumpulan

“Bersemut sangat pickup line nya sampai member belakang kena sembur ridsect.”

pickup line

“Yang belakang tu apahal spray-spray ridsect…”

komen

“Comel betul semua perangai masuk air.”

tik tok