Gelagat Noorkhairiah hampir terminum kicap cuit hati netizen, “siap letak ais”

Gelagat Noorkhairiah hampir terminum kicap cuit hati netizen, “siap letak ais”

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang cukup berbakat ini iaitu Noorkhiriah yang pernah popular dengan lakonannya di dalam drama Nur ini. Selain daripada lakonan yang cukup mantap, dia juga sering menarik perhatian dengan gelagat lucunya di media sosial.

Sama macam perkongsiannya baru-baru ini tentang satu kejadian melucukan yang berlaku semasa di set apabila dia hampir sahaja terminum kicap yang disangkakan air kopi. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagatnya ini semasa berada di set.

@khiriah_17

Jangan tertipu dengan kicap nasi ayam..ciss tipah tertipu..akak ingat kopi O..siap buh air batu weiii😆😆 #khiriah #fyppp #kitabersaudara

♬ original sound – Khiriah17 – Khiriah17

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan Noorkhiriah yang sedang berehat di set penggambaran itu sambil memegang cawan berisi air. Namun sebenarnya, air yang diambilnya itu bukanlah air kopi seperti yang disangka sebaliknya adalah kuah kicap untuk nasi ayam yang dihidangkan.

Lebih melucukan, pelakon itu juga siap meletakkan ais di dalam minuman tersebut gara-gara menyangka ia adalah air kopi. Dalam masa yang sama, turut kelihatan salah seorang krew yang menuangkan kicap tersebut ke atas nasi ayam yang dibawanya.

kicap

Memandangkan kuah kicap itu diletakkan di dalam jug air itu, tidak mustahil juga pelakon itu menyangka ia adalah air kopi ditambah pula dengan warna yang sama. Gelagatnya ini turut membuatkan mereka di sekeliling berdekah melihat kesilapannya ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat lucu Noorkhiriah ini. Malah ada yang berseloroh tidak menyangka pelakon itu bukan hanya kelakar di dalam drama sahaja malah di dunia sebenar juga.

“Dulu sup bunjut kata guna-guna, ni silap kicap ingat kopi.”

noorkhiriah

“Aku pernah kena kat jemputan kahwin. Ingatkan air kopi, rupanya air gula merah.”

pelakon

“Sekali kicap daaaa.”

komen

“Siap buh ais.”

tik tok