Gelagat monyet menjaga kucing, siap masakkan lagi

Gelagat monyet menjaga kucing, siap masakkan lagi

Memelihara kucing dapat mengisi masa dan rasa kekosongan dalam diri. Biasanya orang memilih untuk memelihara kucing kerana ia mudah untuk dijaga dan sangat manja. Namun ada juga yang memilih untuk memelihara haiwan lain bersama dengan si bulus ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu video yang memaparkan seekor kucing dan monyet sedang bermain bersama. Kedua-dua haiwan ini bermain troli membeli-belah versi mainan. Si monyet menolak troli dan si kucing pula baik je duduk di dalamnya.

Kemudian si kucing dibawa ke bilik tidur yang siap tersedia katil dan bantal. Si monyet pula mula masuk ke dapur dan mahu masakkan sesuatu. Gaya macam manusia betul dua ekor haiwan ini! Berikut adalah rakaman monyet jaga kucing siap bantu masakkan ini:

@cintadlmdoa22♬ suara asli – 😘AIDA_PUTRY😘 – 😘AIDA_PUTRY😘

 

Bukan main lagi gaya dua spesis haiwan ini! Apa-apa pun perkongsian video monyet jaga kucing ini telah meraih lebih 7.5 juta tontonan dan hampir 500 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun cintadlmdoa22 ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Pandai monyet tu amik susu slow2”

monyet dan kucing 4

“Pandainya dia buat roti canai pagi2 untuk sarapan”

monyet dan kucing 3

“Ala comelnya dia”

monyet dan kucing 2

“Astaga kena kucingnya”

monyet dan kucing 1