Gelagat monyet berseronok mandi manda di kolam buat ramai terhibur

Gelagat monyet berseronok mandi manda di kolam buat ramai terhibur

Dalam kelas biologi kita pernah belajar bahawa monyet dan kera adalah ahli keluarga genetik terdekat manusia.

Jika dilihat pada DNA, manusia hampir tidak dapat dibezakan dengan monyet kerana 97% DNA kedua-dua primat ini adalah serupa. Jadi tidak hairanlah monyet sering menunjukkan tingkah laku sama seperti manusia.

Antara kelakuan monyet yang menyerupai manusia adalah mereka menggelengkan kepala untuk menandakan tidak, mereka akan ketawa apabila digeletek, mereka mengggunakan  tangan untuk menunjukkan isyarat, dan mereka memahami sistem keadilan.

Sebuah video yang tular baru-baru ni juga menunjukkan bagaimana sekumpulan monyet berkelakuan seperti manusia apabila mereka mengambil alih sebuah resort untuk berhibur.

Gelagat monyet-monyet berkenaan meluangkan masa bermandi-manda di sebuah kolam renang yang terabai membuat ramai tersenyum gembira.

Resort yang teletak di India itu tidak lagi menerima pengunjung kerana terpaksa ditutup akibat Covid, jadi ketiadaan manusia mendorong monyet untuk mengambil aih tempat itu.

Video yang telah meraih 1.2 juta tontonan berkenaan menunjukkan gelagat monyet-monyet berkenaan memanjat bumbung pondok untuk melompat terjun ke dalam kolam, tidak ubah seperti kanak-kanak yang bermain di kolam bersama rakan-rakan.