Gelagat lelaki tendang patung tersenyum tiba-tiba buat ramai terhibur

Gelagat lelaki tendang patung tersenyum tiba-tiba buat ramai terhibur

Mungkin ada yang pernah melalui pengalaman yang menyeramkan semasa berada di luar dan tentunya ia tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Macam situasi seram yang dikongsikan lelaki ini tentang kejadian di mana dia berjaya merakamkan sebuah patung yang tersenyum secara tiba-tiba.

Bukan sahaja menyeramkan malah lelaki itu turut menarik perhatian ramai apabila menendang patung tersebut sehinggakan ia terjatuh. Video tersebut juga tular dikongsikan di mana ianya meraih lebih dua juta tontonan setakat ini.

@nakfyp2022TENGAH FEELING RAKAM TETIBA😅#fyp #masukberanda #fypシ #Halloween2021 #viral2021 #tiktoksounds

♬ DJ bhima ard – YT:DJ Bhima Ard

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat berada di dalam sebuah kedai pakaian di mana dia merakamkan keadaan di dalam kedai tersebut. Namun tidak lama kemudian, ada sesuatu yang menarik perhatiannya apabila sebuah patung di situ berubah menjadi lain.

Patung tersebut kemudian dilihat tersenyum secara tiba-tiba sekaligus mengejutkan lelaki itu. Dek kerana terlalu terkejut, dia kemudiannya menendang patung tersebut sehinggakan kepala patung itu turut tercabut dibuatnya.

tendang patung

Namun sebenarnya, itu semua hanyalah filter semata-mata di mana ia boleh membuatkan seseorang kelihatan tersenyum lebar. Pada awalnya ramai yang menyangka ia adalah situasi yang menyeramkan sekaligus membuatkan mereka berasa tertipu dibuatnya.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gaya lelaki itu menendang patung tersebut. Malah ada yang berseloroh tidak semena-mena patung itu pula yang menjadi mangsa di dalam hal ini.

“Kau tendang macam tu je bang hahahaha.”

patung

“Kesian dia, baru nak senyum dah kena kick.”

lelaki

“Tergelak sampai kepala terhantuk kat dinding.”

komen

“Punya lah banyak kali aku duk ulang rupanya dia pakai filter patut dia tendang patung tu.”

tik tok