Gelagat lelaki takut nak divaksin raih perhatian, “Macam isteri bersalin…”

Gelagat lelaki takut nak divaksin raih perhatian, “Macam isteri bersalin…”

Pastinya ramai yang sudah menerima suntikan vaksin mereka dan ada juga yang masih menunggu giliran untuk divaksin. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki semasa menerima suntikan vaksin ini menarik perhatian ramai gara-gara dirinya yang takutkan jarum.

Bagi mereka yang takut pada jarum, tentunya bukan mudah mahu melalui situasi ini dengan tenang. Sama macam yang dikongsikan di dalam video ini yang tular dengan lebih sejuta tontonan setakat ini.

@xapijie

Nah original.. jgn risau kengkawan dia mcm kena ggit semut je!! Tolong lah percaya!! HahahHah

♬ original sound – jayy – jayy

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan lelaki tersebut sedang bersedia untuk divaksin. Dalam masa yang sama, turut kelihatan rakan-rakan yang lain berada di sekelilingnya bagi menemani lelaki itu.

Turut dapat dilihat reaksi takut dan gementar pada wajah lelaki itu semasa dia menunggu untuk menerima suntikan vaksin. Semasa jururawat mendekatinya, lelaki itu kemudian mula memegang tangan rakannya untuk melawan rasa takutnya itu.

takut jarum

Malah rakan-rakan yang lain turut sama memegang lelaki itu untuk menenangkannya semasa menerima suntikan tersebut. Lelaki itu bukan saja memegang tangan rakannya malah dia juga turut sama menjerit seolah-olah wanita yang sedang meneran di dalam wad bersalin.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat lelaki itu. Namun ada juga yang dapat memahami perasaan takut yang dialaminya ini lagi-lagi bagi mereka yang sememangnya takut pada jarum.

“Tahan tangan member, macam isteri bersalin pegang tangan suami.”

gelagat lelaki

“Aku tak dapat bayangkan kalau lelaki boleh beranak…”

vaksin

“Bunyi cam neran nak bersalin je bang.”

komen

“Sian abang yang pegang tangan dia tu, ok ke dia punya tangan…”

tik tok