Gelagat kucing tak berubah tabiat “Kecik sampai besar tetap sama je perangai”

Gelagat kucing tak berubah tabiat “Kecik sampai besar tetap sama je perangai”

Haiwan comel ini sering sahaja mengundang pemilik mereka terhibur dengan telatah lucu yang kadang kala tidak dapat dibayangkan oleh pemilik sendiri.

Mana tidaknya, ternyata memelihara kucing bukan sahaja dapat menghilangkan rasa kesunyian seseorang malah boleh membuatkan terhibur dengan sifat pelik, lucu, nakal dan pandai.

Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna TikTok atas nama June ini masih menjadi perhatian wargamaya kerana sifat seekor kucing ini terlalu comel disaksikan wargamaya.

Terlalu comel

Melalui rakaman video yang ditinggalkan ratusan reaksi ini mengundang sifat terlalu comel seekor kucing berwarna Oren ini diberikan juga lebih 120 ribu tanda suka kerana cair dengan aksinya.

Ini kerana kelakuan tidak berubah seekor Oyen ini yang mana sejak kecil masih suka mengigit permainannya membuatkan aksi comel itu menjadi bualan hangat wargamaya.

Mana tidaknya, rakaman ketika kecil jelas kelihatan tabiatnya yang comel itu masih dilakukan dan dapat dibuktikan di bahagian akhir video, comelnya!

@juneandjazz

I still do this 💪🏻 #myboo #cat #cats #catsoftiktok #myboochallenge #kat #katten #fyp

♬ original sound – syd

Begitu comel si oyen ini, sampaikan wargamaya di ruangan komen juga menghujani dengan respon geram dengan kecomelan tabiat lucu kucing terbabit sehingga ditonton juga sebanyak 550,000 kali.