Gelagat kanak-kanak teruja lihat bayi dalam perut ibu bergerak, “Comelnya…”

Gelagat kanak-kanak teruja lihat bayi dalam perut ibu bergerak, “Comelnya…”

Bagi para ibu yang sedang sarat mengandung, tentunya ini adalah masa yang sangat sukar dan memenatkan. Lagi-lagi jika anda mempunyai anak lain yang masih kecil dan perlu dilayan. Baru-baru ini, video reaksi kanak-kanak perempuan yang melihat bayi di dalam perut ibunya bergerak tular dikongsikan.

Reaksi yang cukup comel dari kanak-kanak itu menerima lebih 14 juta tontonan setakat ini di mana ramai yang memuji kecomelannya. Bukan saja petah berkata-kata, kanak-kanak itu juga dilihat sangat sopan dan berkelakuan baik dengan ibunya.

@justjordynnaround

Jordy feeling baby moving around in my belly #baby #kicking #preggo #34months #homestretch🤰🏻

♬ original sound – Jenn & Jordy

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat kanak-kanak itu meletakkan tangannya di atas perut ibunya yang sedang sarat mengandung. Sebaik saja merasai tendangan dari kandungan itu, dia menunjukkan reaksi terujanya.

Lebih menyentuh hati, kanak-kanak itu siap meminta bayi di dalam kandungan itu meminta maaf pada ibunya kerana telah menendangnya. Malah dia juga meminta izin sama ada dia boleh mengetuk perut ibunya sebelum hanya menggosoknya.

Reaksi kanak-kanak ini turut mencairkan hati ramai netizen yang menontonnya. Ada juga yang memuji sikapnya yang cukup lemah lembut ketika berbual dengan ibunya.