Gelagat dua budak bergaduh raih perhatian, “Itu lah kan dah mendapat…”

Melihat gelagat kanak-kanak bermain ada kalanya sesuatu yang menghiburkan terutamanya kerana mereka masih lagi kecil dan naif. Sama macam gelagat dua kanak-kanak ini yang menarik perhatian ramai apabila dilihat bergaduh sesama sendiri.
Video pergaduhan mereka ini turut tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dua juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat mereka bergaduh di mana akhirnya membuatkan salah seorangnya menangis.
@teemakhul
Di dalam video yang dikongsikan ini, dua kanak-kanak itu dilihat sedang duduk bersama sebelum tercetusnya pergaduhan itu. Kanak-kanak lelaki itu kemudian dilihat menarik rambut kanak-kanak perempuan itu yang sedang duduk elok di sebelahnya.
Apa yang menarik perhatian ialah kanak-kanak perempuan itu kemudian membalasnya dengan menggigit tangan kanak-kanak lelaki itu. Tindakannya ini telah membuatkannya spontan menangis apabila tangannya digigit sebagai balasan.
Lebih melucukan, kanak-kanak perempuan itu kekal tenang dalam pergaduhan ini dan hanya melihat sahaja kanak-kanak lelaki itu menangis. Manakala kanak-kanak lelaki itu kemudian mencebik menahan tangisannya seolah-olah merajuk dengan apa yang berlaku.
Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat pergaduhan comel yang berlaku di antara kedua-dua mereka ini. Ada juga yang berseloroh kanak-kanak lelaki itu tentunya menyesal mencari pasal dengan kanak-kanak perempuan itu.
“Ni lah perangai lelaki kecik-kecik dah nampak. Dia yang buat kita sakit, dia yang play victim…”
“Itu lah lelaki dia buat salah tapi rasa dia yang tersakiti.”
“Gegirl tu helokkk je duduk situ…”
“Penat aku gelak. Sibuk kacau orang tengah diam memang mendapat.”