Gelagat anjing bawak bakul beli epal di pasar cuit hati netizen

Anjing adalah sahabat baik manusia bukan hanya kerana mereka mampu dilatih untuk melindungi pemilik mereka tetapi juga kerana mereka bijak dalam membuat keputusan.
Itulah yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular ini di mana seekor anjing kelihatan tidak gembira dengan urusan jual beli apabila dia ke pasar untuk membeli buah.
Dalam video yang telah meraih 2.4 juta tontonan, seekor anjing dilihat membawa bakul di mulutnya sebelum berhenti di hadapan seorang wanita menjual epal dan meletakkan bakulnya ke bawah.
the dog was not happy with the deal and had to add one more apple pic.twitter.com/f1NByYEBAF
— Humor And Animals (@humorandanimals) August 28, 2021
Peniaga epal itu kemudian mengambil enam biji epal dan menimbang buah-buahan itu sebelum memasukkannya ke dalam bakul, seterusnya mengambil wang yang ada dalam bakul anjing berkenaan.
Selepas memulangkan baki wang ke dalam bakul anjing tersebut, haiwan itu masih tidak beredar dan menunggu di hadapan gerai tersebut seperti masih ada yang tidak cukup.
Apabila cuba ditegur oleh peniaga epal berkenaan bahawa dia sudah boleh pulang barulah anjing tersebut bergerak, tetapi tidak sebelum mengambil sebiji lagi epal dari meja peniaga berkenaan dan memasukkan ke dalam bakulnya.
Tingkah laku anjing itu yang seolah-olah tidak puas hati dengan jumlah epal yang diberikan peniaga tersebut mengundang geli hati penonton.
”Kalau aku anjing aku akan minta lagi 2”
if i was the dog i would’ve negotiated 2 more apples https://t.co/BQ5g3Pfseq
— dan the rock yang (@realDANYANG) August 29, 2021
“Jangan bagi dorang tipu…”
Good doggo, don't let them cheat ya
😁🐶❤ https://t.co/hE7BwPEv96— notKim-notJenn-notJean (@mynameisnotkim1) August 28, 2021
“Beli barang dapur…”
they’re going grocery shopping 🥺 https://t.co/HTU7CIDOH9
— aspiring phil dunphy (@SheronFelix) August 28, 2021