Gelagat anak kucing tak diajak main sekali, “Kesian tapi comel…”

Gelagat anak kucing tak diajak main sekali, “Kesian tapi comel…”

Memelihara kucing di rumah boleh menjadi satu terapi diri lagi-lagi bagi mereka yang tinggal jauh dari keluarga. Ada kalanya kucing juga boleh menjadi penghibur dengan telatah mereka ini yang kadang-kadang di luar jangkaan.

Baru-baru ini pula, gelagat seekor anak kucing menarik perhatian ramai apabila dia dilihat hanya memerhatikan sahaja kucing lain bermain. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir enam juta tontonan setakat ini.

@dellunacattery

Gak diajak main🥺 #fypシ #fyp #fypdongggggggg #sadstory

♬ double take – dhruv

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan anak kucing itu sedang memerhatikan dua lagi anak kucing yang sedang bermain. Dalam masa yang sama, kucing itu hanya berada di luar bekas tersebut sambil memerhatikan kedua-duanya itu.

Menurut pemiliknya, kedua-dua anak kucing itu hanya bermain sesama mereka manakala anak kucing itu dibiarkan bersendirian. Lebih menyedihkan, anak kucing itu hanya memerhatikan sahaja dari jauh dan langsung tidak menyertai mereka bermain.

anak kucing

Walaupun ramai yang sedih melihatnya ini, ada juga yang ‘geram’ melihat kecomelan anak kucing itu. Malah ada yang turut terhibur melihat gaya kucing itu yang seolah-olah faham dengan apa yang berlaku.

Di ruangan komen, telatah kucing ini turut membuatkan ramai yang dapat relate dengan situasi mereka. Ada yang berseloroh kebiasaannya anak bongsu pasti dapat memahami situasi yang dialami oleh anak kucing ini.

“Kesian tapi comel…”

gelagat anak kucing

“Jiwa menculik ku bergetar.”

kucing

“Kucing be like: Tunggu pembalasan ku saat aku sudah berubah menjadi oyen.”

komen

“Adik bongsu macam tu lah…”

tik tok