Gelagat 2 remaja kerdil dari Rusia bergaduh bikin ramai terhibur

Gelagat 2 remaja kerdil dari Rusia bergaduh bikin ramai terhibur

Baru-baru ini video tentang dua orang remaja kerdil dari Rusia telah menarik perhatian ramai di media sosial. Video yang bertajuk ‘sidang media Mini Khabib’ itu menunjukkan dua orang remaja bertentangan mata sebelum mereka cuba bertumbukkan sementara dihalang oleh influencer Tamaev Asxab yang mengehoskan rancangan tersebut.

Mini Khabib atau nama sebenarnya Hasbullah adalah bintang internet Rusia yang sering tular dengan video-video lucunya. Ramai yang terhibur dengan gelagatnya kerana walaupun dia kecil dan comel, pemuda itu mempunyai masalah baran.

Hasbullah digelar sebagai Mini Khabib kerana dia sering meluangkan masa bersama petarung seni bela diri terkenal, Khabib Nurmagomedov. Dia juga menjalani latihan seni bela diri, yang membawanya bertemu dengan saingannya, Abdu Rozik.

Walaupun kelihatan seperti budak berumur 5 tahun dengan suara mereka juga yang kebudak-budakkan, Hasbullah dan Abdu Rozik sebenarnya masing-masing telah mencecah usia 18 tahun.

Dalam video yang tular, Hasbullah dan Abdu Rozik ditemubual tentang latihan dan kebolehan mereka dalam seni bela diri, mengundang mereka untuk cuba menjatuhkan saingan mereka.

Kata-kata cacian yang dilontarkan di antara satu sama lain akhirnya membuat Hasbullah naik darah sehingga dia turun dari kerusi dan cuba menumbuk Abdu Rozik, dan gelagat kedua-dua remaja kerdil itu mencetuskan adegan yang lucu.