Gaya kucing peluk bantal ikan raih perhatian ramai, “Flip bantal gitu…”

Gaya kucing peluk bantal ikan raih perhatian ramai, “Flip bantal gitu…”

Kadang-kadang ramai yang suka mengusik kucing peliharaan mereka gara-gara reaksi comel dari mereka ini. Sama macam yang dikongsikan gadis ini apabila dia sengaja mengusik kucing peliharaannya ini yang sedang sibuk bermain dengan bantal ikan miliknya.

Namun reaksi kucingnya selepas itu menarik perhatian ramai apabila dia berjaya memusingkan bantal ikan itu dengan penuh bergaya. Malah kucing itu juga siap berpaling dari kamera dengan gaya tersendiri gara-gara malas untuk melayan pemiliknya itu.

@s0sleepy

Flip bantal ikan kau hadooo??

♬ original sound – saysdotcom – saysdotcom

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu dilihat sedang memeluk bantal ikan yang selalu menjadi mainan kucing. Sebaik sahaja dia mendengar bebelan dari pemiliknya itu, kucing itu hanya memberikan reaksi wajah selambanya.

Dia kemudian berpaling dari kamera sambil membawa bantal ikan di tangannya itu. Apa yang menarik perhatian ialah kucing itu siap memusingkan bantal ikan itu dengan penuh bergaya sekaligus membuatkan netizen turut sama terpukau.

bantal ikan

Bukan itu saja, kucing itu juga berjaya meletakkan semula bantal ikan itu di bawah kepalanya dan kembali melayan perasaan. Cubaan kucing itu memusingkan bantal itu turut sama menarik perhatian netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji gaya kucing itu yang berjaya melakukan freestyle itu dengan penuh bergaya. Ada juga yang berseloroh kucing berwarna oren sepertinya ini sememangnya baka yang unik dan lain daripada kucing biasa.

“Flip bantal gitu aku pun tak boleh.”

gaya kucing

“Style lah oyen terus jadi bantal…”

kucing

“Aku ulang banyak kali ni nak tengok dia flip macam mana…”

komen

“Hmm smooth je oyen flip bantal style betul.”

tik tok