Gara-gara sedondon serba putih, Naim Daniel & Iman Troye macam pengantin?

Buat peminat penyanyi baharu yang cukup popular dengan lagu berjudul Teman, Iman Troye pastinya sudah merasa tidak sabar untuk menantikan lagu barunya sempena sambutan hari raya nanti yang mana diberi judul, Pejam Celik Pejam Celik.

Iman Troye bagaimanapun baru-baru ini mendedahkan bahawa lagunya itu bakal dilancarkan beberapa hari lagi dan sempat juga dia belanja satu rakaman video nyanyian dia menyanyikan lagu barunya itu. Sangat best!

 

Biarpun begitu, satu rakaman video yang sebentar tadi dimuat naik Iman Troye nampaknya bukan sahaja membuatkan peminatnya teruja menyaksikan dia menari cabaran lagu keduanya itu malah disamping penyanyi dan personaliti media sosial ini juga adanya penyanyi, Naim Daniel.

Seperti yang diketahui, Iman Troye sering dilihat bersama juara AJL 34 berkenaan sehingga hubungan mereka menjadi teka teki buat peminat. Jadi apabila dapat disaksikan dalam video rakaman ini pula, Iman Troye dan Naim Daniel menjadi bualan hangat lagi.

“With abang sayang…” tulisnya disamping memberitahu bahawa lagu tersebut bakal dilancarkan pada 9 April nanti.

Posting Iman Troye itu juga yang menampilkan dia bersama Naim memakai busana serba putih mengundang seloroh peminat yang melihat mereka sudah seperti pengantin.