Gara-gara PKP lama sangat, kena bayar parking RM7,000 sebab terlupa ambil kereta

Gara-gara PKP lama sangat, kena bayar parking RM7,000 sebab terlupa ambil kereta

Kalau korang berapa ringgit paling mahal pernah bayar untuk bayar parking? Kena bayar parking RM5 pun sudah terasa mahal bukan? Inikan pula seorang pemuda ini yang dikenakan bayaran parking sehingga RM7,000.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama fyrdausrahim ini memaparkan dirinya yang sedang berdiri di depan mesin bayaran automatik tiket parking. Dalam rakaman itu juga tertulis seperti berikut:

“Lama sangat PKP sampai lupa nak ambil kereta. Nangis la nak bayar parking”

Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah jumlah parking yang perlu dibayar oleh pemuda ini adalah RM7,000. Seriuslah? Korang lihat sendiri menerusi rakaman ini:

@fyrdausrahim

#fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #foryou #tiktok #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Im Yours Remix – 𝒜𝒸𝒽𝒶ℳ𝒶𝒾𝓉𝒾𝓂𝓊.

Jika diperhatikan lelaki ini memasukkan duit berwarna merah yang mungkin RM10 atau RM20. Macam nampak pelik bukan? Jumlah kena bayar RM7,000 tapi dia hanya memasukkan wang kertas dengan jumlah yang sangat kecil itu.

Namun begitu di ruangan komen, pemilik akaun ini menjelaskan yang dia bayar parking RM7,000 itu secara ansuran. Benar atau pun tidak hanya tuan badan yang tahu.