Gara-gara Google Maps, rombongan pengantin tersalah rumah, hantaran macam mana?

Menunggu hari bahagia pastinya saat yang mendebarkan untuk setiap pasangan pengantin. Apabila tiba hari bahagia ini, rata-rata pengantin tidak dapat menghilangkan perasaan gementar ini apabila menunggu saat untuk disatukan. Tetapi tidak semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar seperti yang disangka, contohnya rombongan pengantin yang tidak muncul semasa hari majlis.

Situasi mendebarkan ini dirasai pengantin perempuan ini apabila rombongan keluarga pengantin lelaki tidak kunjung tiba di rumahnya. Rupa-rupanya, satu kejadian melucukan berlaku pada mereka apabila rombongan ini tersilap rumah dan mengunjungi majlis lain! Semuanya gara-gara alamat yang dikongsikan menerusi Google Maps yang diberikan pada mereka.

 

Dalam kejadian itu, rombongan lelaki tersesat dan tersilap masuk ke sebuah majlis pertunangan di kampung yang sama. Bukan saja tersilap alamat, rombongan pengantin itu juga sudah selamat masuk, duduk di dalam rumah itu dan siap memberikan hantaran yang dibawa.

Sebaik saja sedar mereka telah tersalah rumah, rombongan itu segera bangun dan mengambil semula hantaran yang diberikan. Rombongan itu juga terpaksa menanggung malu dan meminta maaf kepada keluarga tuan rumah gara-gara tersalah majlis. Dapat dilihat di dalam video itu, rombongan dan pihak tuan rumah hanya mampu tersenyum sahaja semasa meninggalkan perkarangan majlis.

rombongan

 

Wanita dikenali sebagai Ulfa yang merupakan wanita yang sedang menunggu rombongan tunangnya menceritakan kisah disebaliknya. Semasa rombongan itu masuk ke dalam rumahnya, dia sedar tidak ada seorang pun ahli keluarga tunangnya dalam kalangan mereka.

Dia kemudian menelefon tunangnya dan mengetahui rombongan itu masih dalam perjalanan kerana mencari tandas terlebih dahulu. Barulah dia sedar, rombongan di dalam rumahnya itu bukanlah rombongan yang betul.