Gara-gara dihalau keluar, Ejen hartanah dedah ibu aktres calit tahi kucing satu rumah sewa

Gara-gara dihalau keluar, Ejen hartanah dedah ibu aktres calit tahi kucing satu rumah sewa

Baru-baru ini, seorang ejen hartanah mendedahkan sikap ibu kepada seorang pelakon wanita yang tidak bertanggungjawab ketika menyewa di salah sebuah unit rumah yang diuruskannya.

Pendedahkan itu dikongsikan menerusi laman Twitter di mana dia meluahkan kekesalan dengan sikap penyewa berkenaan terutama sering menimbulkan banyak masalah.

Apa yang lebih membuatkan dia bertambah kecewa adalah ibu aktres tersebut bertindak mencalit najis kucing di seluruh rumah sewa berkenaan apabila disuruh keluar.

“Sewa rumah, lepas tu bela kucing simpan dalam rumah jadi busuk. Buyer nak keluarkan mak dia, artis ini langsung tak ambil tahu. 
“Bila keluar, mak dia calit tahi kucing satu rumah. Kesian buyer. Pengikut Instagram beribu,”ciapnya.

Dalam pada itu, ejen berkenaan turut memberikan sedikit gambaran mengenai aktres tersebut dengan mengatakan dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berkulit putih.

Perkongsian itu berjaya mengundang tanda tanya di kalangan warganet di mana ramai meminta ejen tersebut memberitahu identiti sebenar pelakon terbabit.

Tidak kurang juga ada yang memberikan cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan cara mmbuat surat perintah mahkamah sekiranya penyewa berkenaan enggan bertindak sedemikian.

Sehingga kini, identiti sebenar pelakon berkenaan masih lagi dirahsiakan, cuma memberi ‘hint’ berkahwin dengan lelaki berkulit putih sahaja.

Sumber: Twitter @shahrezanoor