Gaji model kucing ini mungkin lebih tinggi dari gaji manusia

Gaji model kucing ini mungkin lebih tinggi dari gaji manusia
Siapa sangka, kucing juga boleh meraih pendapatan yang lumayan malah mungkin lebih lumayan dari apa yang dimiliki manusia. Seekor kucing di China yang merupakan model kucing profesional memperoleh antara RM3,183 hingga RM6,366 untuk setiap penampilan.

Kucing bernama Mao Mao itu adalah dari baka jenis British Shorthair yang berusia dua tahun. Penglibatan kucing itu dalam bidang permodelan juga adalah secara tidak sengaja apabila pemiliknya meletakkan kucing itu di salah satu kereta yang dipamerkan.

 

model kucing

Pemiliknya yang bekerja dalam bidang automatif itu mendapat idea untuk meletakkan Mao Mao di dalam salah satu kereta di sebuah pameran kereta. Ia ternyata berhasil menarik orang ramai yang begitu teruja mengambil gambar kucing comel itu. Sedikit sebanyak, pameran kereta itu juga berjaya menarik jumlah pengunjung yang ramai.

Sejak daripada itu, pemiliknya iaitu Zheng mula mempromosikan Mao Mao sebagai model kucing kepada jenama kereta yang memerlukan perhatian tambahan. Pada masa ini, Mao Mao adalah antara bintang yang sering menerima sambutan di pameran kereta sehingga ada saja yang memanggilnya setiap bulan.
kucing

Skop kerjanya juga sangat mudah kerana kucing itu hanya perlu kelihatan comel dan menarik perhatian. Dia juga tidak perlu bersusah payah melakukan apa-apa dan hanya perlu duduk diam sahaja sepanjang pameran kereta itu. Lebih melucukan, Mao Mao juga adalah kucing yang sukakan perhatian berbeza dengan kucing-kucing lain yang lebih pemalu.

Hasil daripada kerja keras Mao Mao, pemiliknya akan menjaga kebajikannya dengan lebih ‘extra’ sebagai penghargaan buatnya. Zheng juga akan membelikannya satu-satunya makanan kucing yang paling mahal dan memanjakannya seperti seorang bintang terkenal.