Gagal pembedahan plastik, wajah ratu cantik Rusia rosak

Gagal pembedahan plastik, wajah ratu cantik Rusia rosak

Gara-gara mahu kelihatan cantik, bekas naib juara ratu cantik Rusia akhirnya terpaksa menanggung derita apabila dia tidak dapat lagi menutup mata dan senyum selepas pembedahan plastik yang dilakukannya tidak berjalan dengan lancar.

Buat pembedahan RM12,000

Menurut Yulia Tarasevich berusia 43 tahun, pada awalnya dia pergi ke sebuah klinik di Selatan Rusia adalah untuk melakukan pembedahan facelift blephariolasty (pembetulan kelopak mata) dan liposuction (sedut lemak) yang bernilai hampir RM12,000. Namun selepas menjalani pembedahan tersebut, wajahnya tiba-tiba menjadi bengkak yang teruk dan meradang.

Saya datang kepada mereka dengan wajah yang sihat dan cantik. Saya datang hanya ingin membetulkan beberapa nuansa yang disebabkan penuaan. Tapi malangnya, saya telah kehilangan kesihatan.

Berikutan daripada insiden tersebut, Yulia sanggup menghabiskan RM80,000 untuk melakukan pembedahan bagi membetulkan kecederaan yang dialaminya. Tetapi sayangnya, pembedahan tersebut tidak berjaya memulihkan kecederaan tersebut dan mata Yulia masih tidak boleh ditutup dan bibirnya juga tidak boleh mengukir senyuman.

Wajah rosak, tak boleh senyum

Dakwa naib juara Ratu Cantik Rusia ini lagi, dia sudah menghabiskan wang hampir RM113,000 untuk memulihkan ‘kerosakan’ pada wajahnya namun dia akui tidak lagi dapat kembali kelihatan cantik seperti asal.

Saya mempunyai parut yang terbentuk di pipi apabila mereka (doktor bedah) mengoyakkan semua tisu kulit saya. Mata saya tak boleh tutup dan saya tak boleh senyum. Saya tak boleh angkat bibir atas dan satu bahagian muka saya tak berfungsi sama sekali.

Difahamkan, Yulia telah membawa perkara ini ke muka pengadilan namun dua doktor yang terlibat mendakwa kecederaan yang dialami Yulia bukanlah kesalahan dari pihak mereka sebaliknya itu disebabkan komplikasi genetik. Menurut sumber, siasatan lanjut berhubung isu ini masih dijalankan dan dua doktor yang terlibat juga sedang disiasat.