Gadis terkedu tengok monyet bawa lari keropok lekor, “Siap lap tangan…”

Gadis terkedu tengok monyet bawa lari keropok lekor, “Siap lap tangan…”

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang turut dihuni oleh monyet liar, tentunya pernah mengalami beberapa kejadian di mana makanan atau barang dibawa lari mereka ini. Sama macam yang dikongsikan oleh gadis ini apabila keropok lekor yang dibelinya dibawa lari oleh seekor monyet.

Bukan sahaja dibawa lari malah monyet itu juga dengan selamba menikmatinya di atap rumah sambil diperhatikan oleh gadis itu. Rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi gadis itu yang tergamam melihat makanannya dibawa lari.

@qnsandra_

bayar balik foodpanda i ! 😩

♬ original sound – sandra – sandra

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia telah membeli keropok lekor itu yang dihantar oleh Foodpanda. Namun dia keluar sedikit lambat untuk mengambil makanannya itu gara-gara dia pergi ke tandas terlebih dahulu.

Sebaik sahaja dia keluar untuk mengambilnya, keropok lekor yang dibelinya itu telah pun dibawa lari oleh monyet tersebut. Monyet itu kemudian menikmati makanan itu di atas atap rumah sambil turut diperhatikan oleh gadis itu.

keropok lekor

Lebih melucukan, monyet itu terus membuka sendiri bungkusan itu dan menjamahnya sambil sesekali mengelap tangannya di atap rumah itu. Walaupun sedar gelagatnya diperhatikan oleh gadis tersebut, namun monyet itu langsung tidak menghiraukannya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat monyet tersebut. Ada juga yang berseloroh mungkin juga monyet itu sengaja makan di hadapan gadis itu untuk mengusiknya yang tidak dapat menikmati makanan itu.

“Monyet ni pun satu paling-paling pun kongsi lah dengan akak ni…”

gadis tergamam

“Muka tak bersalah…”

monyet

“Siap lap tangan…”

komen

“Menganjing sambil jilat jari.”

tik tok