Gadis sanggup buat gambar kahwin palsu untuk balas dendam dekat Ex

Gadis sanggup buat gambar kahwin palsu untuk balas dendam dekat Ex

Setiap pasangan pastinya mahu hubungan yang dibina itu kekal sehingga ke alam perkahwinan tapi bukan semuanya bertuah. Macam yang dikongsikan gadis ini yang terkenang semula momen dia membalas dendam pada bekas kekasihnya.

Apa yang menarik perhatian, gadis itu sanggup melakukan gambar kahwin palsu semata-mata untuk membuatkan bekas kekasihnya cemburu. Video tersebut meraih perhatian ramai dengan lebih dua juta tontonan setakat ini.

@sarahvilard

Yup I’m crazy

♬ Gnarls Barkley Crazy Stephen Kramer Glickman – Gustavo Rocque

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia terkenang semula gambar kahwin palsu yang dilakukannya sebelum ini. Lebih melucukan, dia sendiri tidak mengenali lelaki yang menjadi suaminya di dalam photoshoot itu.

Gambar kahwin itu sememangnya nampak menyakinkan kerana gadis itu lengkap memakai gaun perkahwinan seperti pengantin biasa. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengupah jurugambar untuk mengambil gambarnya bersama si ‘suami’ itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum dengan kegigihan wanita ini dalam membalas dendam pada bekas kekasihnya itu. Ada juga yang memujinya kerana sanggup menghabiskan wang dalam menghasilkan gambar kahwin itu.